1/2 Dinar As-Salam sudah ready. Kawan-kawan yang ingin mendapatkannya sila hubungi saya segera! Memandangkan harga pasaran emas sukar dijangka. Bagi yang ada lebihan/simpanan RM boleh bermula atau tambah koleksi setengah dinar pula untuk simpanan selain untuk bermuamalah dan kegunaan-kegunaan lain (zakat, sedeqah, mahar dll)
Wednesday, October 5, 2011
Kenapa Simpan Emas/Dinar dan Perak/Dirham?
Secara ringkasnya memang banyak sebab kenapa perlu menyimpan asset dalam bentuk emas/dinar dan perak/dirham. Saya senaraikan beberapa yang penting saja, kut anda fikir saya bagi sebab banyak-banyak supaya beli dari saya, sebenarnya tak. Biarlah anda sedar sendiri tentang keperluan menyimpan dinar dan dirham tanpa paksaan dari sesiapa. Antara sebab-sebabnya seperti berikut:
1) EMAS DAN PERAK IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
1) EMAS DAN PERAK IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas dan perak sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Ianya akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas/perak ia tetap bernilai.
2) PORTFOLIO ASET SIMPANAN YANG UNGGUL DAN SUBUR
Ramai maklum dan mungkin terlibat secara langsung dengan portfolio simpanan termasuk akaun simpanan peribadi, simpanan tetap, ASB, simpananan-simpanan lainnya. Setiap daripada simpanan akan mendapat imbalan dalam bentuk kadar bunga/dividen yang kebanyakannya sekitar 3-8% setahun.
Berdasarkan data inflasi Malaysia, kadar inflasi berlegar sekitar 2-5% setahun. Ini memberi implikasi bahawa kenaikan bunga/dividen tidaklah sebanyak mana apabila ditolak kesan inflasi. Hal ini tidak terjadi kepada emas dan perak kerana ianya bebas inflasi akibat system kewangan yang terdedah dengan riba. 1 gram yang kita simpan 20 tahun dahulu ianya masih tetap 1 gram kini (2010) dalam ertikata masih boleh membeli barang yang sama, TETAPI tidak pada RM1 pada 20 tahun dahulu kini tinggal nilai 0.10/0.20 sen sahaja.
Emas dan perak merupakan asset yang subur disebabkan zakat yang ditunaikan ke atasnya bagi emas dan perak yang cukup haul dan nisab. 3) NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia merupakan ciptaan barat sebagai medium pengganti Dinar/Dirham pada masa dahulu. Ia hanya berharga 10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana cetakan ‘wang ketas ini sah diperlakukan dengan nilai’ dan ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 20 tahun lepas 30 sen boleh membeli sepiring nasi kuning (di Sabah-Tawau), kalau kt semenanjung nasi lemak yang popular. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi kuning paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 500% selama 20 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Disember 2010 adalah lebih kurang RM 630). Begitu juga halnya 1 Dirham (perak 999) boleh membeli seekor ayam pada zaman nabi dan masih boleh beli ayam masa kini. (harga 1 dirham hari ini 1 Disember 2010 sekitar RM21.00)
4) ASET YANG TERUNGGUL
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.
5) TIDAK BOLEH DIMANIPULASI
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara contoh kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
Perbandingan Antara Emas dan Wang Kertas

Gambarajah di atas menunjukkan graf harga emas dalam USD untuk tahun 2010. Pada Januari 2010 harga emas 1 ounce bersamaan =/-USD 1100 = RM3300. Menjelang akhir 2010 (24 Disember 2010) harga emas mencecah USD 1400 = RM4200. Saya tak ulas pun anda lebih arif baca dan analisa graf tu…Cuma nak beritahu nilai emas berbanding wang kertas mencapai nilai tertinggi dalam sejarah.

Sementara itu graf di atas menunjukkan trend harga emas 10 tahun kebelakangan. Dapat dilihat trend kenaikan harga emas ketara sejak 2005 hingga sekarang. Bermula pada harga +/- USD 300=RM900, hingga mencecah +/- USD 1100 = RM3300 untuk 1 ounce. Bayangkan…ya maksud saya congak sendiri!
Yang Lebih Menarik! Ini ramai yang tak sedar. (tips bocor dari saya). Kenaikan harga silver/perak/dirham jauh lebih melangkaui berbanding kenaikan harga emas! Cuba anda analisa carta harga silver di bawah. Pada Januari 2000, harga silver hanya USD5 = RM15 untuk satu aunce. Pada 24 Disember tahun ini, harga silver mencapai paras tertinggi apabila mencecah USD30 = RM90…Wah! Makin menarikkan? Apa lagi anda tunggu simpanlah kalau tak mampu sekeping dinar (RM635), simpanlah sekeping dirham (RM21) sekarang!


Tindakan Anda?
Seperti saya juga, sebelum terbit kesedaran (hidayah dariNya) bila orang datang dan bercakap kepada saya tentang emas dan perak saya pun ‘blur’. Nak-nak lagi saya lelaki, kalau perempuan tu mungkinlah terdedah sedikit dengan perubahan dan kenaikan nilai emas. Seperti kawan-kawan saya yang dah lama sedar tentang emas dan perak ni, mereka mengatakan memang ramai yang tidak nampak tentang perlunya menyimpan emas dan perak malah ada yang mengatakan mereka ‘gila’, ‘Awak nak buat ape simpan emas dan perak ni?’. Tapi itu kisah 1-2 tahun dahulu, kini mereka dah senyum lebar sebab sudah mula menyimpan asset sejak beberapa tahun lepas dan sudah ada berkilo-kilo emas dan perak. (Sekadar satu contoh, kawan saya beli 1 kg emas pada tahun 2009 pada harga RM113,000 kini bernilai sekitar RM145,000 (2010)).
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, sementelahan duit RINGGIT MALAYSIA dan kebanyakan duit-duit lain di dunia disandarkan kepada DOLLAR AMERIKA, maka bila-bila masa nilai matawang tidak selamat. Sekarang pun kita boleh saksikan betapa DOLLAR AMERIKA termasuk RINGGIT MALAYSIA semakin susut nilai.
Jadi, saranan saya (bukan jadi ‘gila’) dapatkan info seluas-luasnya tentang emas dan perak. Buat analisis anda sendiri, bentangkan asset dan simpanan anda yang ada sekarang dan jangkakan beberapa tahun mendatang…Saya yakin anda jumpa sesuatu. Bila dah jumpa boleh lah hubungi saya untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman seterusnya berganding bahu memartabatkan Dinar dan Dirham sebagai matawang hakiki. Insyaallah…amin.SUMBER DARI: www.dinarborneo.com
Sejarah Dinar dan Dirham
Sejarah Dinar dan Dirham
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 917 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.7% emas atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram terdiri daripada 99.9% perak.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Nidfu Dirham. 999 Fine Silver, 1.55g
1/2 dirham Assalam 1.55g telah siap untuk dimiliki...
moga terbitnya 1/2 dirham ini mudah untuk berjual beli dengan nilaian lebih kecil...
1/2 dirham ini juga boleh dijadikan tabungan untuk golongan pelajar dan untuk sesiapa yang ingin mula menyimpan dirham dengan budget kecil-kecilan...
1/2 dirham ini juga boleh dijadikan tabungan untuk golongan pelajar dan untuk sesiapa yang ingin mula menyimpan dirham dengan budget kecil-kecilan...
Untuk pertanyaan & urusan pembelian sila email:
vespa79@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
